Sunday 18 November 2012

NAIMO KIDZ WORKSHOP @ SPECTRUM SHOPPING MALL, BANDAR BARU AMPANG



17 – 18 November 2012 (Sabtu dan Ahad)

Ini merupakan satu langkah besar, pertama kali bagi NKW untuk membuka gerai jualan/aktiviti di tempat awam. Ini merupakan satu kejayaan bagi NKW amnya dan penulis sendiri khususnya.
Perlu ada keyakinan, keberanian diri. Perlu ada sikap ‘Jangan peduli kata orang’ dan ‘Buat terus dan jangan toleh belakang’. ‘Maju ke hadapan’ dan paling penting ‘MESTI MENCUBA’ selagi perkara itu dikategorikan  sebagai perkara yang baik.








 







Sand Arts’ perlukan pelekat bergambar, pencungkil yang digunakan untuk mencungkil pelekat. Ingat, cungkil bahagian – bahagian demi bahagian. Cungkil satu bahagian dan kemudian taburkan pasir berwarna menggunakan sudu dan tekap sedikit pada bahagian yang dicungkil agar pasir itu melekat. Ketuk dengan lembut pelekat bergambar ke bekas pasir berwarna. Pastikan lebihan pasir masuk semula ke dalam bekas yang betul. Lihatlah hasilnya. Guna kreativiti anda untuk mencantikkan pelekat bergambar anda.






Kakak bakery pun nak sertai 'Sand Arts'







Pertama kali ini, banyak benda yang dipelajari dan dilalui. Dari mula buka gerai, menjaga gerai, melayan pengunjung/pelanggan sehinggalah gerai ditutup. Kita bos dan kitalah pekerja. PENAT, PENAT tapi seronok. Namun dari sini penulis dapat idea untuk menjual SETKIT SENI PASIR (‘SAND ARTS KIT SET’)’. NKW di Spectrum ini dianggap berjaya dan akan terus berusaha untuk lebih berjaya.



Ambil kesempatan nak ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat, menyokong NKW, secara langsung atau tidak langsung menjayakan gerai NKW di Spectrum Shopping Mall, Ampang.

Untuk maklumat perkhidmatan dan perniagaan ‘Sand Arts’, sila klik disini


NAIMO KIDZ WORKSHOP SEDIA/JUAL KIT SENI PASIR

Seni, pasir, seni pasir, sand, arts, art, colour, warna, mewarna, colouring, hari, kantin, hari kantin, terbuka, hari terbuka, kanak – kanak, dewasa, remaja, parti, keraian, keluarga, hari keluarga, karnival, festival, pertandingan, tanding, seronok, menyeronokkan, kreativiti, family, happy, karnival, carnival, gembira, kreatif, creative, hadiah, gift, present, cenderahati, cenderamata, ole – ole, door gift, beri, pemberian, terima



KIT SENI PASIR (‘SAND ARTS KIT’) mengandungi :
1. Satu unit pelekat (‘sticker’) – saiz 16.5cm lebar x 24.1cm tinggi
2. Lima pek warna pilihan – sebanyak separuh sudu besar bagi setiap pek
3. Dua unit pencungkil (‘toothpicks’)

Yang dijual pada harga RM6.00 (*harga tidak termasuk caj penghantaran dan harga boleh dirunding)

Kit Seni Pasir ini sangat sesuai dijadikan sebagai hadiah/cenderahati (‘gift’) kepada kanak – kanak dalam apa jua majlis keramaian.

Untuk menempah sila hubungi En. Norazmi bin Mohamed di talian 013-2795903 atau email naimoiman@gmail.com

Untuk maklumat perkhidmatan dan perniagaan ‘Sand Arts’, sila klik disini

CONTOH HASIL SAND ARTS, sila klik disini