Wednesday 23 January 2013

NAIMO KIDZ WORKSHOP – TEMPAHAN DAN PENGHANTARAN KIT SAND ART (cerita 11)

Penghantaran 30 kit ‘Sand Art’

Kit ‘Sand Art’ 30 kit dihantar ke Jengka, Pahang. Untuk majlis sambutan Hari Lahir.

Buat tempahan melalui email atau sms. ‘Closed deal’ dan kemudian pembayaran disahkan. Pembungkusan dan penghantaran dibuat melalui pos Malaysia.

Pembungkusan dibuat dalam masa dua hari (bergantung kepada stok kad gambar). Insyaallah dalam masa seminggu ‘parcel’ akan tiba.


Terima kasih kepada yang membuat tempahan dengan Naimo Kidz Workshop. Semoga anda berpuas hati dengan perkhidmatan kami.

Untuk maklumat perkhidmatan dan perniagaan ‘Sand Arts’, sila klik disini.

Saturday 19 January 2013

NAIMO KIDZ WORKSHOP @ MSU (cerita 10)

3 – 6 Januari 2013 (Khamis - Ahad)

Ini karnival kelima yang penulis sertai, tetapi yang pertama NKW dapat masuk U, sertai konvo. Apa – apapun ‘thank you my brother’.

NKW menyertai sebanyak mana acara yang boleh disertai. Cuma nak tahu pasaran dan ‘gaya’ sesuatu acara. Baiklah, penulis buat kesimpulan dulu sebelum kita tengok gambar.

Acara konvokesyen hanya akan berlangsung pada hari Ahad. Jadi, dari segi bilangan kedatangan pengunjung dari hari Khamis hingga Sabtu memang tidak memberansangkan. Pengunjung yang datang pun cuma mahasiswa dan mahasiswi MSU. Jualan NKW pada hari pertama memang mengecewakan. Namun ‘trend’ jualan meningkat dari hari pertama ke hari yang keempat (konvo berlangsung).

Lebih – lebih lagi NKW hanya dibuka setengah hari sahaja pada dua hari pertama. Acara pun hanya berlangsung dari jam 8 pagi hingga 6 petang sahaja. Bila ada had masa, itu antara faktor yang boleh mengurangkan jualan. Dan juga ‘crowd’ yang hanya terdiri daripada ‘orang dalam’ sahaja, tidak terbuka kepada orang ramai. Alhamdulillah sewa tidak dikenakan, cuma bayar deposit sahaja (deposit dipulangkan selepas acara).

Lagi satu lokasi, tempat yang NKW ditempatkan memang strategik, iaitu di hadapan pentas. Cuma ia berjauh dengan tempat menunggu sanak saudara yang menanti acara konvo berlangsung. Tidak mengapa, sudah rezeki NKW setakat itu. Insyaallah untuk acara selepas ini, NKW hendak ditempatkan di tempat yang lebih strategik, dekat dengan temat menunggu. Bila disebut acara konvo, peniaga macam NKW kena datang awal agar gerai boleh bersedia awal untuk menerima pengunjung. Lagi satu, peranan bunting atau banner memang penting.... ia memaklumkan bahawa kita berada di situ dan juga apa perniagaan yang kita niaga.

JOM TENGOK GAMBAR... 




Susunan gerai NKW
 
 Kehadiran NKW di konvo ini memberikan lebih banyak aktiviti menarik.





Aktiviti sand art menarik minat budak kecil dan dewasa

Untuk maklumat perkhidmatan dan perniagaan ‘Sand Arts’, sila klik disini.

Saturday 12 January 2013

NAIMO KIDZ WORKSHOP @ KARNIVAL BUMPER KLANG (cerita 9)

29 Disember 2012 – 31 Disember 2012 (Jumaat - Isnin)

Ini karnival keempat bagi NAIMO KIDZ WORKSHOP. Karnival ni ‘ad-hoc’. Ini rentetan daripada penangguhan Karnival Warisan Makanan Penjaja 1Malaysia 2012 di Masjid India yang sepatutnya berlangsung dari 29 Disember 2012 hingga 1 Januari 2013. Karnival itu akan ditangguhkan ke bulan Februari sempena Hari Wilayah.


Jom kita tengok gambar dulu.




 
Susunan dan lokasi NKW. Berdekatan dengan permainan kanak – kanak ‘inflatable’. Tapi permainan air tidak dibuka kerana aliran air yang sangat perlahan.


Lengang pada siang hari. Hanya dikunjungi oleh beberapa orang sahaja.

Sehingga malam...

Padat di malam hari. Ini adalah malam menanti detik 12 malam 2013. 

Keadaan bila hujan turun. Tutup dengan plastik.

Setiap karnival yang disertai oleh NKW memang memberikan banyak pengalaman kepada NKW amnya dan penulis khasnya. Untuk karnival ini, mungkin promosi tidak dijalankan secara besar – besaran, oleh itu ia memberi kesan jumlah pengunjung yang hadir ke karnival ini. Lokasi karnival adalah di Kompleks Pandamaran dan ia diadakan sempena menyambut kehadiran tahun 2013. Penulis menyambut tahun baru.... macam tidak percaya jer.

Tapi nak dijadikan cerita, karvival yang berlangsung selama 4 hari ini, pengujung ada siang hari memang tidak ada langsung atau sedikit bilangannya. Pengunjung hanya akan mula menjengah ke karnival ini sekitar jam 4 petang ke atas. Ada juga orang ramai yang lalu lalang di sini bertanya, “Ada apa kat sini?”. Diperhatikan kepada corak jumlah pengunjung, buka gerai boleh lewat sedikit, tidak perlu buka pagi. Buka sekitar jam 2 petang.

Promosi, banner hanya kelihatan di simpang empat jalan utama masuk ke Kompleks Sukan ini dan juga sepanjang jalan menuju ke kompleks ini. Banner pun boleh dibilang dengan jari.

Namun Alhamdulillah lokasi tapak NKW berdekatan dengan permainan kanak – kanak ‘Inflatable’. Oleh itu kalau ada budak – budak yang singgah di situ, mereka menjengah di situ.

Memang corak kedatangan pengunjung sama lebih kurang dengan karnival Sate di Kajang, datang selepas pukul 4 petang sehungga tengah malam. Cuma bilangan pengunjung yang membezakan.

Tapi, memang betul kata orang, rezeki Allah yang tentukan. Pada hari terakhir karnival iaitu pada 31 Disember 2013, pada malam menjelang detik tahun baru, deretan orang ramai yang datang ke gerai NKW meningkat. Sehingga penat tulang 4 kerat penulis melayan pengunjung yang datang. Ada pengunjung yang main di situ dan ada pengunjung yang bawa balik. Alhamdulillah. Ada merasa sedikit keuntungan.

Secara keseluruhan, karnival ini memberikan pengalaman yang berbeza – beza berbanding penyertaan sebelumnya. Setiap karnival ada ceritanya. Penat menunggu pengunjung tapi tiba – tiba ramai. Karnival ini mengajar penulis cara bagaimana hendak memaksimumkan jualan pada karnival yang akan datang.

MENCEBURI SESUATU BIDANG MESTI ADA NIAT, MINAT DAN USAHA SERTA KERJA KERAS.

Untuk maklumat perkhidmatan dan perniagaan ‘Sand Arts’, sila klik di sini.