Dua tempahan dalam seminggu
(6 – 13 Disember 2013)
Alhamdulillah. Itu ungkapan yang tersembul dari mulut penulis apabila
selesai menghantar 4kg pasir berwarna kepada pelanggan yang menempahnya.
Minggu ini NKW mendapat dua tempahan. Satu datang daripada Terengganu dan
satu lagi daripada Salak. Ke Terenganu dihantar melalui pos dan yang satu lagi melalui
tempahan temujanji.
Pihak NKW mengucapkan ribuan terima kasih yang sudi menempah. Semoga anda
berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Ini terus memberi kekuatan
kepada NKW untuk berrniaga walaupun dibuat secara kecil – kecilan. Sikit –
sikit lama – lama jadi bukit.
Jumpa lagi di Karnival 1001 Rasa Sate Kajang di Taman Tasik Cempaka di
Bangi.
Untuk maklumat perkhidmatan dan perniagaan ‘Sand Arts’, sila klik disini.
Saya merupakan seorang pendidik dalam bidang Sains di salah sebuah sekolah di Ampang, Selangor. Pernah bercuti panjang ke luar negara dari tahun 2008 sehingga 2010, di Dundee Scotland untuk menimba pengalaman.Redha, sentiasa memaafkan, bersyukur dengan ni'mat dikurniakan dan sabar dalam menghadapi segala perkara menjadi pegangan hidup.
Buat sesuatu perkara dengan bersungguh - sungguh selagi mana ia betul dan memberi kebaikan. Selagi kudrat ini kuat untuk melaksanakan sendiri sesuatu perkara, lakukannya sendiri.