Monday 12 December 2016

Sebuah Kisah di Turki... siri 2

Isparta – Kota Tidak Sepopular Istanbul (8 Disember 2016; Khamis)

Perjalanan ke tempat yang dituju diteruskan iaitu Isparta. Kota di Turki yang tidak sepopular Istanbul.

Penerbangan ke Isparta dari Instanbul hanya ada satu penerbangan setiap satu hari. Tiket kapal terbang dari 50 lira hingga 100 lira. Perjalanan mengambil masa 45 minit sahaja. Masa penerbangan adalah pada pukul 1.05 tgh. Perjalanan akan mengambil masa 10 jam jika menaiki kereta ataupun bas.



Tapi sebelum itu, isi perut dulu bersarapan pagi. Jom pergi Turko Baba. Pemilik buka awal sebab sedia maklum oleh orang Mete Travel semalam, yang kami nak bersarapan di sini hari ini. Dekat jer tak jauh.., beberapa tapak sahaja dari Apartment penulis menginap.



*Semalam beli kopi untuk minum malam... panaskan badan, harga dalam 3 lira secawan (besar cawannya adalah 2/3 cawan minum kopi kat Malaysia), tapi yang ‘best’nya pekat sungguh kopi tu.


Sarapan kami ialah Telur Dadar 3 (‘Omellette’), 2 mangkuk kentang goreng (‘french fries’), 2 roti Turkish yang dipotong – sungguh besar (‘Turkish Bread’), ‘Turkish Tea’, nescafe dan air kosong. Kos dalam 62 lira.

Tepat jam 10 pagi (janji ditepati) terus menuju ke Lapangan Terbang Istanbul untuk ke Isparta dengan menaiki Teksi VIP semalam.

*Sampai di Balai Berlepas Domestik, pemandu siap minta tip lagi, terus bagi 30 lira walaupun semalam dah kita bayar tambang 300 lira pada syarikat teksinya. Ehmm! Ihklaskan hati.

Tapi sebelum tu, jom kita tengok – tengok sekitar Istanbul.
*Perkataan Turki yang pertama dipelajari oleh penulis ialah Lapangan Terbang yang dalam bahasa Turkinya kira sebut ‘havalimani’. ‘i’ yang belakang tu tak der titik yer.






Masuk pintu utama kaunter lapangan terbang, terus membuat pemeriksaan keselamatan. Kena tanggal ‘semua’. Alhamdulillah lepas dan terus ‘check in’ di Kaunter Turkish Airline, lagi sekali melalui pemeriksaan keselamatan dan terus ke ‘Gate’ 404. 1 jam menunggu dan akhirnya ‘gate’ dibuka dan rombongan penulis dibawa menaiki bas ke pesawat menuju ke Isparta. Kali ini kapal terbang kecil dan bukan yang besar macam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Dubai dan Dubai ke Istanbul. Tak der hiburan tapi dapat makan roti.

Penerbangan pada jam 1.05 tgh dan mengambil masa 45 minit untuk tiba di Isparta.




Permandangan dari dalam Kapal Terbang. Keadaan geografi Isparta yang kelihatan tandus dan berbukit bukau. Oh ya! Lupa nak beritahu yang sekarang ni musim sejuk untuk Turki. Dan di Isparta suhu dijangka -6°C hingga 7°C. Memang sejuk. Tapi dari maklumat yang boleh dipercayai, salji kurang turun di sini, hanya di kawasan tanah tinggi yang kerap menerima salji.




Tiba di Lapangan Terbang Suleyman Demirel, Isparta dalam jam 2.00 ptg. Alhamdulillah pemeriksaan keselamatan di sini tidak terlalu ketat.

Alhamdulillah, kami di sambut oleh Komuniti Nusantara di sini yang terdiri daripada mereka yang berasal dari negara – negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand. Dan Mereka sungguh peramah dan baik hati.

*Terima kasih banyak – banyak kerana membantu kami mencari tempat penginapan di tengah – tengah bandar Isparta yang berdekatan dengan kedai – kedai runcit untuk keperluan kami.

Nukman dan Ridwan terus membawa kami menaiki bas menuju ke Bandar Isparta dengan bayaran 2 lira seorang. Mengheret semua beg - beg yang ada terus ke Pusat Pengajian Antarabangsa (‘Mevlana’) untuk isteri melapor diri sebelum kami ke Apartment penginapan kami di Bandar Isparta.

Di situlah penulis mengenali ahli Komuniti Nusantara yang lain seperti Ustaz Ahmad dari Indonesia, Farah dari Singapura.

Bukan sahaja Komuniti Nusantara yang baik hati, orang Turki di ‘Mevlana’ juga baik hati. Alhamdulillah mereka tumpangkan kami ke Apartment Liman kami di Bandar Isparta.



Perjalanan Suleyman Demirel Airport ke Suleyman Demirel University – 22 minit



Perjalanan Suleyman Demirel University ke Bandar Isparta – 18 minit




Yang merah tu, letaknya Apartment kami, Liman Apartment... alamat, nanti cari... sebab ABC Turki ni lain sikit.

Pada malamnya kami diraikan oleh Komuniti Nusantara ini, dengan membawa kami makan di sebuah restoran Turki di tengan bandar Isparta. Apa yang mengkagumkan penulis, mereka semua pandai dan fasih berbahasa Turki.

kemudi ke :
Sebuah Kisah di Turki... siri 1
Sebuah Kisah di Turki...siri 3
Sebuah Kisah di Turki...siri 4
Sebuah Kisah di Turki...siri 5

No comments:

Post a Comment